-50%

Dropship Registration

Product Code: DROPSHIP
Availability: Only 86 items left in stock
RM50.00 RM25.00

Available Options


* Pengalaman Dropship:

* Name:

* Instagram:

* Facebook:

* Age:

* No. Kad Pengenalan:

Qty: Add to Cart
Description+
Reviews (0)+
TERMA & SYARAT AM

  1. TERMA & SYARAT AM :
  1. Agen Dropship WAJIB berdaftar secara sah dengan syarikat pengurusan ILLIEYA terlebih dahulu bagi mendapatkan NOMBOR ID DROPSHIP sebelum memulakan sebarang aktiviti promosi atau jualan produk ILLIEYA
  2. Agen Dropship ILLIEYA yang berdaftar DIBENARKAN mempromosi dan menjalankan aktiviti jualan melalui medium online seperti blog/website/rangkain media sosial sebagai platform promosi dan jualan produk keluaran ILLIEYA Selain itu juga, Agen Dropship ILLIEYA berdaftar juga dibenarkan aktiviti jualan secara offline jika berminat.
  3. Mana-mana Agen Dropship ILLIEYA bebas menjalankan strategi pemasaran dan promosi sendiri, di mana alat bantu promosi seperti Gambar produk, video tutorial, maklumat produk dan sebarang butiran yang diperlukan untuk tujuan pengiklanan mengikut keperluan akan dibekalkan kepada agent oleh pihak syarikat  ILLIEYA.
  4. Harga jualan adalah tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh syarikat sahaja. Agen dropship TIDAK DIBENARKAN SAMA sekali menjual dengan harga yang lebih tinggi dan juga  DILARANG SAMA SEKALI menjual dengan harga yang lebih rendah melebihi pakej promosi sedia ada. Agen Dropship ILLIEYA mestilah mematuhi dan mengikut peraturan harga yang disyorkan, harga diskaun yang dibenarkan dan apa jua perubahan harga sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan ILLIEYA
  5. Mana-mana Agen Dropship ILLIEYA berdaftar juga bebas menjalankan aktiviti jualan dan promosi dimana mana sahaja tanpa sebarang had kawasan pemasaran. Setiap Agen Dropship ILLIEYA hendaklah pada setiap masa menjaga imej produk ILLIEYA dan juga syarikat.
  6. Pembelian produk adalah semuanya melalui website www.illieya.com sahaja dan Agen Dropship ILLIEYA boleh menyemak stok dan status tempahan melalui website tersebut.
  7. Penghantaran pesanan kepada pelanggan akan mula dibungkus dan dihantar dalam masa 2-3 hari bekerja dari masa bayaran diterima oleh ILLIEYA.  Penghantaran parcel POSLAJU dan ABX dilakukan setiap hari (ISNIN - JUMAAT) kecuali pada hari cuti am dan umum
  8. Tempoh terima barang di pihak pelanggan adalah bergantung kepada pihak courier.
  9. Pihak ILLIEYA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang disebabkan kecuaian pihak syarikat penghantaran ataupun kehilangan semasa tempoh penghantaran.
  10. Produk yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali pelanggan terima dalam keadaan rosak (manufacture defect) dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak pengurusan syarikat akan sentiasa memastikan produk dalam keadaan baik sebelum penghantaran dan juga akan dibungkus rapi.
  11. Jika berlaku sebarang pertukaran ITEM atau produk , pihak dropship haruslah memaklumkan kepada pihak ILLIEYA dengan kadar segera (sah laku hanya dalam tempoh 7 hari). Barang yang telah dijual tidak boleh ditukar dan wang tidak akan dikembalikan sama sekali.
  12. Pengiraan komisen adalah berdasarkan kepada nilai bersih jualan produk sahaja, tidak termasuk diskaun dan juga kos penghantaran pos laju.
  13. Modal TIDAK diperlukan dan Agen Dropship ILLIEYA tidak perlu membeli atau menyimpan stok kerana Agen Dropship ILLIEYA yang telah berdaftar hanya perlu bantu mempromosikan dan juga mengiklankan mana-mana produk keluaran ILLIEYA. Oleh kerana tiada MODAL permulaan dan sebarang pembelian produk, Agen Dropship ILLIEYA perlulah KOMITED dalam mencapai misi peribadi dan juga syarikat.
  14. Komisen setiap produk ILLIEYA adalah bermula dari RM 3 hingga RM 50 per produk.
  15. Keahlian sebagai Agen Dropship ILLIEYA ini akan TERBATAL serta merta sekiranya :
  • Melakukan promosi jualan secara SPAM atau apa sahaja bentuk promosi yang melanggan etika sosial di laman web.
  •  Tidak mencapat sales target yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menjual produk dengan HARGA yang terlalu TINGGI atau terlebih RENDAH dari HARGA yang ditetapkan oleh pihak ILLIEYA
  • Salahlaku jenayah seperti penipuan wang, peras ugut dan sebagainya.
  • Membocorkan rahsia dan maklumat peribadi syarikat ILLIEYA kepada pihak luar dengan sengaja ataupun tidak.